MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH
Pendahuluan
Apabila kita melihat keliling,
kita akan dapati terlalu banyak makhluk ciptaan Allah sama ada yang berbentuk
gas, cecair atau pepejal. Tumbuh-Tumbuhan , binatang, air, laut bukit-bakau ,
gunung-ganang, bulan , matahari dan sebagainya adalah makhluk yang berada di
sekeliling kita.
Manusia Makhluk Paling Unik
Manusia adalah makhluk paling unik
berbanding dengan seluruh makhluk yang lain . Firman Allah bermaksud:
"Sesungguh Aku telah
menciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya." (At-Tin: 4)
Keunikan manusa itu dapat dilihat
sama ada dari aspek zahir mahupun aspek batin. Dari aspek zahirnya, manusia
dikurniakan anggota tubuh badan yang lengkap dan sangat cantik serta
bertambah cantik bila dilitupi dengan pakaian dan perhiasan yang sewajarnya.
Dari aspek batin pula , manusia dikurniakan Allah dengan akal fikiran yang
boleh memikir, mengingat, merekacipta dan lain-lain. Disamping itu manusia
juga dikurniakan hati yang dapat merasa suka-duka, riang-gembira dan
sebagainya juga roh yang dapat berhubung dengan Allah.
Manusia sebagai Khalifah Allah
Semua makhluk Allah mempunyai
tugas masing-masing dan semuanya patuh menjalankan tugas yang telah
ditetapkan . Bumi yang jaraknya kira-kira 93,000,500 batu daripada matahari
sentiasa patuh kepada perintah Allah agar berpusing selama 24 jam satu
pusingan dengan kelajuan kira-kira 1,000 batu sejam. Begitu juga bumi
mentaati perintah Allah mengelilingi matahari dengan kelajuan kira-kira
65,000 batu sejam untuk mengelilingi matahari dalam masa 365 hari 5jam 49
minit, 12 detik.
Sebagai makhluk paling unik,
manusia mempunyai tugas besar, tugas yang lebih besar daripada tugas seluruh
makhluk ciptaan Allah, tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh
makhluk-makhluk yang lebih besar seperti gunung-ganang, langit dan sebagainya
seperti firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah
mengemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang
tidak dapat menyempurnakannya kerana mereka tidak mempunyai kesediaan untuk
memikulnya. Pada ketika itu manusia dengan persediaan yang padanya sanggup
memikulnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka
melakukan kezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan" (Al-Ahzab : 72)
Tugas besar yang dipikulkan Allah
kepada kita ialah tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi . Firman Allah
bermaksud :
"Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah dimuka bumi."
(Al
Baqarah: 30)
Sebagai khalifah manusia adalah
hamba kepada Allah dan tuan kepada benda. Justru, manusia mestilah sentiasa
mengabdikan diri kepada Allah. Firman Allah bermaksud:
" Ingalah ! Aku Tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah
kepada Ku." (Az Zariyat : 56)
Terkandung dalam pengertian
khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat as siayadah (
ketuanan). Sebagai Khalifah, manusia diberikan mandat oleh Allah untuk
menjadi " tuan " kepada semua makhluk Allah. Manusia hendaklah
melaksanakan tugas mengatur seluruh alam dengan konsep pengabdian diri kepada
Allah.
Konsep Ibadah Dalam Islam
Ibadah ertinya tunduk, patuh,
setia, menyembah, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
Sebagai hamba Allah, kita tidak dibenarkan mengabdikan diri kepada selain
daripada Allah sepertimana ikrar kita dalam solat (maksudnya):
" Hanya kepada Mu kami
menyembah dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan" (Al Fatihah : 5)
Allah juga mengingatkan kita
dengan firmanNya bermaksud:
" Katakan! Jika bapa-bapa
kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga
kamu, harta kepunyaan yang kamu usahakan , perniagaan yang kamu khuatiri
kerugiannya atau rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih
kamu cintai daripada Allah, rasulNya dan daripada berjihad di jalan Allah,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya ( menyiksa kamu) .
Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik." (At-Taubah: 24)
Ibadah terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu ibadah khususiyyah dan ibadah umumiyyah. Ibadah khususiyyah ialah
ibadah-ibadah yang mempunyai rukun syarat tertentu seperti solat, puasa,
zakat haji dan sebagainya. Ibadah umumiyyah ialalh apa juga pekerjaan yang
dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah dan pelaksanaannya tidak
bertentangan dengan hukum-hukum Allah.
Kesimpulan
Manusia adalah makhluk Allah yang
paling unik. Dengan keunikan itu, manusia diberi tugas besar, iaitu tugas
memakmurkan bumi Allah dengan prinsip hamba kepada Allah dan tuan kepada
benda., bukan sebaliknya iaitu tuan kepada Allah dan hamba kepada benda
Nah itu dia sobat,sepatah dua patah kata mengenai khalifah,dan manusialah yang menjadi khalifah,itu berarti kita semua yang mengemban tugas mulia ini sobat....
semoga yang saya posting ini berguna yah..... Posted By : Muhammad Rezki Rasyak |
Wednesday, August 22, 2012
Manusia Sebagai Khalifah Allah dan Konsep Ibadah Dalam Islam
About Muhammad Rezki Rasyak
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write comments